COMBI

Apa itu COMBI
COMBI ialah singkatan bagi "Communication for Behavioural Impact" atau dalam 
Bahasa Melayu "Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku. Program COMBI 
adalah satu kaedah yang berkesan dalam mengurangkan kejadian penyakit, 
seperti penyakit demam denggi, kaedah ini telah diperkenalkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO). Program ini telah dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang
semenjak tahun 2006 dan sehingga kini terdapat sebanyak 75 lokaliti COMBI di 
negeri ini.

Objectif COMBI : 
-Memperkasa komuniti untuk mengubah dan mengamalkan tingkah laku baru 
  yang telah diperkenalkan. 
-Mengurangkan kejadian penyakit demam denggi di peringkat negeri dan daerah. 
-Menggalakkan penglibatan antara agensi serta mempertingkatkan usaha sama 
 dalam mencegah dan mengawal penyakit demam denggi,