Saturday, 20 August 2011

Wang RM100 Diberi Kepada Warga Mas


Diwujudkan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.
SYARAT KELAYAKAN
Berusia 60 tahun dan ke atas;Berdaftar sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang; dan Berdaftar dengan Kerajaan Negeri dalam tempoh 1 Mei 2009 sehingga 8 Mac 2010.
KAEDAH PELAKSAAN
Pemberian Wang Tunai Sebanyak RM100
Warga emas yang telah berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan memenuhi kriteria akan diberikan wang tunai sebanyak RM100 selepas tarikh akhir pendaftaran iaitu pada 8 Mac 2010.
Pemberian Sumbangan Wang Tunai sebanyak RM1,000 Kepada Keluarga Warga Emas Berdaftar Yang Meninggal Dunia Sekiranya warga emas yang berdaftar dan memenuhi kriteria kelayakan meninggal dunia (selepas 8 Mac 2010), sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada keluarga anggota yang mengurus dan membiayai kos pengebumian warga emas berkenaan.
MEKANISMA PENGUMPULAN DATA DASAR PENGHARGAAN WARGA EMAS NEGERI PULAU PINANG
PERINGKAT 1
Pendaftaran Warga Emas melalui pengisian borang.

PERINGKAT 2
Semakan dan pengesahan maklumat oleh Pusat Khidmat ADUN dan Pejabat Daerah dan Tanah (termasuk semakan dengan rekod Daftar Pengundi di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya.
Memasukkan maklumat ke dalam sistem pangkalan data berkomputer

PERINGKAT 3
Pejabat Y.B Exco dan UPEN memantau maklumat / data dalam sistem komputer.

Kes Denggi Berdarah Meningkat

Dimaklumkan dari pihak Jabatan Kesihatan bahawa kes denggi berdarah dan kematian telah meningkat di kawasan Mahsuri. Penduduk dinasihatkan supaya berkerja-sama dengan pihak JKKK dan COMBI dalam menanggani kes pembiakan nyamuk, melapor kepada pihak COMBI Mahsuri tentang rumah atau kawasan pembiakan nyamuk. Mengamalkan jadual memeriksa kawasan rumah untuk mencegah pembiakan nyamuk.

Wednesday, 10 August 2011

Dasar Kerajaan: Hari Tanpa Beg Plastik

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik

Kempen ini dilancarkan pada 6 Julai 2009 dengan objektif utamanya adalah untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau dan meningkatkan kesedaran rakyat Pulau Pinang mengenai kepentingan menjaga alam sekitar


PELAKSANAAN
  • Hari Tanpa Beg Plastik pada asalnya dilaksanakan pada hari Isnin tetapi berdasarkan kepada maklumbalas positif yang diterima ianya telah ditambah ke tiga hari iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu bermula 1 Januari 2010
  • Pelanggan yang memerlukan beg plastic akan dikenakan caj RM0.20 yang disalurkan ke tabung Rakan Anti Kemiskinan (RAK)
  • Penyertaan dalam program ini adalah diwajibkan kepada semua pasaraya besar, pasaraya dan pasaraya mini memandangkan ianya telah dijadikan sebagai satu syarat wajib dalam pembaharuan lesen perniagaan
  • Peruncit kecil turut diwajibkan tetapi hanya terhad kepada hari Isnin sahaja
PENCAPAIAN (OGOS 2010)
Purata bulanan menunjukkan lebih daripada 20,000 beg plastik telah dikurangkan bagi setiap pasaraya besar dan pasaraya sejak ianya dilancarkan

Sudahkah anda mulakan? Gunalah beg recycle dan jadilah pengguna warga hijau