Diwujudkan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan
kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa
mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.
SYARAT KELAYAKAN
Berusia 60 tahun dan ke atas;Berdaftar sebagai pengundi di Negeri
Pulau Pinang; dan Berdaftar dengan Kerajaan Negeri dalam tempoh 1 Mei
2009 sehingga 8 Mac 2010.
KAEDAH PELAKSAAN
Pemberian Wang Tunai Sebanyak RM100
Warga emas yang telah
berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan memenuhi kriteria akan diberikan
wang tunai sebanyak RM100 selepas tarikh akhir pendaftaran iaitu pada 8
Mac 2010.
Pemberian Sumbangan Wang Tunai sebanyak RM1,000 Kepada Keluarga Warga
Emas Berdaftar Yang Meninggal Dunia Sekiranya warga emas yang berdaftar
dan memenuhi kriteria kelayakan meninggal dunia (selepas 8 Mac 2010),
sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada
keluarga anggota yang mengurus dan membiayai kos pengebumian warga emas
berkenaan.
MEKANISMA PENGUMPULAN DATA DASAR PENGHARGAAN WARGA EMAS NEGERI PULAU PINANG
PERINGKAT 1
Pendaftaran Warga Emas melalui pengisian borang.
PERINGKAT 2
Semakan
dan pengesahan maklumat oleh Pusat Khidmat ADUN dan Pejabat Daerah dan
Tanah (termasuk semakan dengan rekod Daftar Pengundi di Pejabat
Suruhanjaya Pilihan Raya.
Memasukkan maklumat ke dalam sistem pangkalan data berkomputer
PERINGKAT 3
Pejabat Y.B Exco dan UPEN memantau maklumat / data dalam sistem komputer.