Monday, 21 November 2011

Majlis Anugerah JKKK Terbaik Negeri Pulau Pinang Tahun 2011

JKKK Taman Alma Jaya telah menjuarai JKKK Terbaik Negeri Pulau Pinang untuk Tahun 2011. JKKK Mahsuri mendapat tempat pertama di peringkat daerah barat daya dan menduduki tempat ketiga di peringkat negeri.
Ahli-ahli JKKK Mahsuri

Ahli-ahli JKKK Mahsuri

Pengerusi JKKK Mahsuri, Puan Latifah Hussainsa menerima sijil dan piala JKKK terbaik peringkat daerah barat daya 2011 dari Timbalan Ketua Menteri 1, YB Dato' Mansor Bin Haji Othman

Piala yang diterima
Johan JKKK Terbaik Negeri Pulau Pinang Tahun 2011, taniah kepada JKKK Taman Alma Jaya



Thursday, 3 November 2011

Majlis Anugerah JKKK Terbaik Tahun 2011, Negeri Pulau Pinang

Dalam Pertandingan JKKK Terbaik Peringkat Daerah, JKKK Mahsuri telah berjaya menjuarai tempat pertama. Justeru itu, semua ahli-ahli JKKK Mahsuri dijemput hadir ke:
 
Majlis Anugerah JKKK Terbaik negeri Pulau Pinang
Tarikh : 19/11/2011 (Sabtu)
Tempat : Dome, Komtar
Jam : pukul 7.00 malam

Keputusan JKKK Terbaik Peringkat Negeri tidak diketahui lagi, ia akan diumumkan pada hari penganugerahan.


Sunday, 30 October 2011

Jamuan Deepavali pada 30/10/2011

Ucapan dari YB Abdul Malik
Pengerusi JKKK Mahsuri memperkenalkan Ahli Majlis MPPP
Encik Tan Seng Keat dan Haji Mohd Rashid

Beratur panjang untuk Char Kuey Teow

Ramai yang hadir, antara makanan yang dihidangkan;
muruku, nugget, popiah, kuih-muih, bee hoon dan mee goreng


Tuesday, 25 October 2011

Selamat Hari Deepavali


Pengerusi dan AJK JKKK Mahsuri mengucapkan

Selamat Hari Deepavali

kepada warga yang beragama Hindu



Satu jamuan Hari Deepavali akan diadakan untuk penduduk Mahsuri,
 semua kaum dijemput.

Tempat : Padang Mainan, Lorong Mahsuri 12

Tarikh : 30/10/2011 (Ahad)

Masa : 2.00-4.00 petang

Monday, 24 October 2011

Bersama YB Sim Tze Tzin Dalam Sumbangan Voucher Deepavali

YB Sim Tze Tzin mengumumkan perihal tanah di Kawasan D


Sumbangan Voucher Deepavali kepada warga miskin
Dewan Hindu Sangam yang terbiar selama ini, menjadi meriah pada hari ini !



Friday, 21 October 2011

Kaunter Khidmat di Pasar Malam

Satu Kaunter Khidmat telah diadakan di Pasar Malam di Lorong Mahsuri 7, antara perkhidmatan adalah; pendaftaran Pengundi Baru, Anak Emas (yang dilahirkan tahun ini), Warga Emas, Ibu Tunggal, OKU dan aduan.

Untuk pendaftaran Anak Emas (Sumbangan RM100), sila sediakan salinan kad pengenalan ibu dan bapa, salinan sijil kelahiran anak





Wednesday, 19 October 2011

Perkhidmatan SMS Kerajaan Negeri Pulau Pinang Melalui mySMS @ 15888

Tahukah anda bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menyediakan Perkhidmatan semakan melalui SMS